Isnin, 16 Februari 2015

Anak meragam tumbuh gigi

Berikut ialah susunan mengikut jenis gigi yang akan tumbuh :
Gigi kacip pertama (bawah) 6-8 bulan
Gigi kacip pertama (atas) 6-8 bulan
Gigi kacip kedua (atas) 6-10 bulan
Gigi kacip kedua (bawah) 6-10 bulan
Geraham pertama (atas) 12-16 bulan
Geraham pertama (bawah) 12-16 bulan
Gigi taring (atas) 16-20 bulan
Gigi taring (bawah) 16-20 bulan
Geraham kedua (bawah) 2-3 tahun
Geraham kedua (atas) 2-3 tahun

Najihah sekarang masuk stage geraham pertama atas dan bawah..
setahun dua nih dia dah nak tumbuh...

sebelum ini masa gigi depan atas dan bawah... dia ada demam2 sikit..
tapi dia tak meragam dan tak merengek..

tapi untuk yang geraham nih..nampak dia lebih meragam...
suhu badan macam nak demam, tapi tak panas, dedar2 saje...

kenalpasti anak nak tumbuh gigi (experience from jiha):

1. air liur keluar pekat dan asyik keluar aje..
2. mengigit jari..
3. nak gigit makanan yang keras.. tapi tak nak makan.. pas abis gigit dia akan luek balik.
4. makan tapi tak kunyah..akhirnya dia muntah
5. meragam.. tak pasal2 nagis..
6. nagis sbb sakit.. lebih ke sensitif..
7. malam nak tidur akan terjaga sakit.. tapi kejap jer..bila dah tepuk2..dia rilek dan tidur..
8. extra perhatian dan nak berkepit aje...

Cara-cara nak membantu anak dalam kurangkan rasa sakit 
(experience from jiha):

1. Urut lembut dengan jari anda pada gusi anak
2. bubur untuk anak makan.. kalau bagi nasi biasa dia tak akan kunyak dan boleh jadi punca anak sembelit dan muntah.. jadi klau bubur dia telan.. (jiha sangat lapar.. bila buat bubur dia akan habiskan)
3. bagi mainan yang boleh dia gigit...
4. kerapkan bagi susu untuk melegakan kesakitan..
5.  bagi benda2 sejuk untuk anak rasa kebas pada gusi.. (tin minuman, carrot yang di sejukkan, buah2, eskrem) ia membantu untuk kurangkan rasa sakit
6. extra sayang lah!!

Agak cuak jugak lah kami pada mulanya..sbb masa gigi pertama nak tumbuh, jiha tak macam nih.. tapi kali ni maybe sebab geraham jadi rasa sakit dia agak extrem untuk jiha...
tapi bila ada tips2 nih harap dapat membantu dia lah.. 
paling sonok tgk dia makan bubur.. sampai nak blajar suap sendiri guna sudu..

paling cuak bila dia muntah2.. aishhh.. 

habis baju mama lah!

ekekeke...


p/s: tidur masih lena... thanks jiha!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan