Khamis, 15 Januari 2015

JIha & Impetigo


Again!

jiha kena penyakit impetigo..
pic nih di ambil lebih kurang seminggu lepas..
mula nya dia luka, letak lah krim gamat.. tapi lama2 semakin merebak..
minggu nih dah sampi kat hidung dan dalam hidung, tangan jugak...
semakin merah dan ber air...

Imperigo adalah penyakit kulit yang di sebabkan persekitaran yang tidak elok @ kotor..
ia akan lebih mudah merebak jika terdapat luka.
means jiha nih, kalau luka sikit dia akan mudah mendapat jangikitan luar..
kuku kena sentiasa pendek..

Sebelum ini memang cuti seminggu untuk pantau jiha..dan tidak bawak ke taska..
kali ini bagi antibiotik dan ubat sapu..
tapi kalau tak ok memang kena bercuti-cuti lah di rumah dengan jiha..
tak pe janji awak ok..

Sejujur2 nya...
risau..sedih..malam2 nagis tgk dia..
jiha baik..tak nangis..tak merengek2..
aktif..gelak2..jalan sana sini pusing2 umah..
selera makan pun baik..
jiha..jihaa... baik awak nih...

so tips ringkas yang diamalkan untuk kembali pulihkan jiha ialah:

1. Mandikan jiha menggunakan sabun sebamed
2. kerapkan cuci tangan anak dan juga mama
3. makan antibiotik ( bukak chanel katun atau animal planet..suap2)
4. sapu krim, semasa dia sedang tdo
5. elakkan dia menggaru
6. kerapkan tukar tuala untuk ke taska dan rumah
7. spray fabric antibac pada tilam tempat tdo
8. makan lebih sayuran hijau


selamat pulih ye sayang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan