Isnin, 31 Oktober 2011

MIGRAINE? (*_*')

APA ITU MIGRAINE?

Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.

*** kalau aku selalu nyer tak ada sampai 72 jam..paling lame yang penah di catat ialah        12 jam..

APA PENYEBAB MIGRAINE?

Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

*** Nih yang tak suka dgr nih..sian kat anak2 aku nt...huhuhu...tapi mak or ayah tak adalah pulak kne..n semua family aku pn xada pun...nt anak2 mama pun tak kan..kan..eh???(konpius) :P

APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?

Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi
kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.

*** kne tang di kedua- dua kepala...yup tang aura bintik2 pancaran cahaya saya alami nyer..huuuuu

BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSA?

Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :
  1. Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
  2. Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
  3. Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.

**** itu lah yang aku alami daripada darjah 2 lagi sampai lah skunk..kira2 dah 16 taun kan..kn..perghhhh...

BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?

Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG

*** Rawatan terbaik ak ialah tido!!!besh!! kalau nak makan ubat penahan sakit kesan nyer sama dgn tido shj. agpn xelok mkn ubt kimia nih banyk sgt utk badan...
**pas tido aku akan urut2 kat tengkuk nih bagi lembut sket cz time nih urat ngh tegang..bagi ringan dan bgi memudahkan proses muntah..susah sgt aku jolok jer..gerrr~~~
***tido lagi bagi betul2 elok....
***sujud!!nih ustaz ak suggest...mmg ok cz dpt lancar kan darah...
~~~BEKAM! pernah skali jer try..kesan nyer ringan kat kepala..tp utk sembuh sempurna nyer kne lah selalu uat..y aku nih sekali jer xad ar kesan sgt..heee~~


Penyakit yang diberi oleh Nya...Membuat kan kita bersyukur dan menghargai kesihatan,hargai anggota badan kita sendiri...membuatkan kita lebih sabar dan tabah dugaan Nya...Sesungguhnya Dia tidak akan menduga hambanya dengan perkara yang luar daripada kudrat/kesanggupan kita..

Kerana migraine nih lah membuatkan saye jatuh hati n terbuka untuk menerima En Tunang!!!..... <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan